Friday, June 19, 2009

PILIHAN SUKAR : KERJA ATAU KERJAYA?














Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga TMFH. Saya doakan semoga sihat selalu di bawah lindungan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

'Kehidupan adalah sesuatu yang perlu dinikmati bukan dideritai'. Ungkapan ini merupakan antara ungkapan2 yang menjadi nadi kekuatan bagi diri saya untuk meneruskan perjuangan yang tiada garis penamat kecuali apabila saya meninggalkan dunia ini kelak. Satu nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua adalah kehidupan kerana dengan kehidupan yang telah diberikan ini, kita dapat berpeluang menjadi salah seorang dari hamba Allah dari berbilion-bilion makhluk yang telah dicipta-Nya selama ini. Alhamdulillah Ya Allah. Hamba-Mu amat bersyukur kerana masih diberikan lagi udara untuk terus bernafas, bumi yang masih boleh dipijak dan langit yang masih boleh memayung diriku yang telalu kecil ini. Hamba-Mu juga bersyukur juga kerana Dirimu telah menutupkan segala keaibanku selama ini supaya aku mampu untuk terus berbakti kepada orang lain. Syukur di atas segala nikmat-Mu ya Allah.

Minggu ini adalah minggu yang cukup memeritkan bagi saya kerana saya terpaksa memaksa diri saya untuk membuat pilihan antara kerja dan kerjaya. Memang amat sukar untuk saya lakukan pilihan antara keduanya kerana ianya telah sebati dengan diri saya selama ini. Selama 12 tahun saya berada dan menabur bakti di bandaraya Johor Bahru dengan segala suka duka dan cabaran rintangan, penat lelah di samping kepuasan dan keceriaan telah saya alami. Saya merasakan mungkin telah tiba masanya untuk saya berhijrah ke satu tempat yang baru bagi membaiki dan meningkatkan lagi ilmu yang saya miliki dengan harapan dapat membantu lebih ramai insan lagi di negara ini. 12 tahun bukan satu masa yang pendek. 12 tahun jugalah Nabi Muhamad s.a.w berdakwah untuk menguatkan akidah umat Islam sebelum Baginda diangkat oleh Allah untuk Isra' dan Mikraj dan menerima arahan dari Allah untuk mewajibkan solat 5 waktu. Kerana itulah saya berfikir untuk mengambil peluang ini kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya nanti. Saya berharap apapun pilihan yang saya akan buat, biarlah ianya yang terbaik bagi diri saya dan yang paling penting untuk kebaikan semua pihak. Saya harap, Allah berikan saya kekuatan untuk membuat keputusan yang amat sukar dalam hidup saya ini.

Buat semua rakan-rakan yang telah membantu saya, bersama ketika saya ketawa dan menangis, sama susah dan senang, bakti dan jasa anda semua pasti tidak akan saya lupakan untuk seumur hidup saya. Apa juga yang saya lakukan, pasti anda akan sentiasa dalam ingatan saya buat selamanya. Pasti saya akan rindu dengan kenangan-kenangan itu malah ketika saya menulis bingkisan ini, rasa tak tertahan titisan air mata di pipi tanda keikhlasan saya bersahabat dengan anda semua selama ini. Bagi saya, persahabatan kita tidak dapat diukur dengan wang ringgit tapi keikhlasan perhubungan antara kita itulah yang telah menjalin ukhuwah kita selama ini. Doakanlah kejayaan saya nanti kerana kerana penghijrahan ini lebih berisiko yang memerlukan lebih banyak pengorbanan dari diri saya untuk lebih berjaya. Saya memetik kata dari Dato' Sri Anwar Ibrahim, 'Kalau takut dengan risiko, jangan bercakap pasal perjuangan'. Sokongan anda semua adalah sumber kekuatan bagi diri saya dan kita akan jumpa lagi nanti. Saya tetap akan bersama TMFH untuk membangunkan modal insan HEBAT di negara ini.

Akhirnya, hayatlah lagu ini tanda persahabatan kita selamanya:

UNTUKMU TEMAN

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

ANDA HEBAT...YES.....HEBAT 1...YES....HEBAT 2....YES YES.....HEBAT 3....YES YES YES SIRRRRRRR!!!!!

5 comments:

Anonymous said...

Salam.. tn hj ..
sy secara jujurnya berat rasa sejak pertama kali luahan di ungkapkan..betapa gmuruhnya hati dan luluhnya perasaan ini tak terkata...
namun sebagai penguat ...
keredaan dalam keihlasan..
kepayahan dalam kebenaran..
ketelusan dalam kejujuran..

apapun jua keptusan tn hj sy hormati dan mendoakan agar keptusan antara kerja dan kerjaya..dapat di jayakan ..
apapun ... janji trus di kota..
datg jua hujung minggu..
trus menyokong...TMFH ..

zulhifdzi said...

salam tuan hj.

erm..awk nak berhijrah ke mana? tak nak duduk jb lg ke? atau nak tukar kerjaya? atau nak buat program motivasi secara full time? saya sangat mengalu-alukan awk jika awk nak buat konsultan sepenuh masa.

ekynsaman said...

salam abg azlan nk g mne?
wt sy tertanye-tanye??

Anonymous said...

insyaAlllah ada hikmah disebalik semua yg berlaku..kami sekeluarga sentiasa memberi sokongan...

norazlansarmudan said...

Assalamualaikummm....
Terima Kasih atas sokongan anda semua. Anda semua amat berharga bagi diri saya....PASTI KITA AKAN JUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN...HEBAT 1..YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRR!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru