Tuesday, July 28, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT - SA KAMPUNG AMAN & TASIK UTARA










Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua
Team Minda Fikir Hebat telah berpeluang untuk bersama-sama pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Kampung Aman dan Tasik Utara dalam program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat yang dijalankan pada 18-19 Julai 2009 yang lalu. Program ini disertai oleh seramai 107 orang pelajar yang terdiri dari murid darjah 3 hingga 6 dari kedua-dua sekolah berkenaan. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Agama Kampung Aman dan Tasik Utara terutama kepada Guru Besar dan guru-guru yang telah bersama-sama menjayakan program ini sehingga segalanya berjalan lancar dan sebagaimana dirancangkan. Terima kasih juga kepada semua peserta kerana telah memberikan kerjasama yang cukup Hebat dan 'sporting' terhadap semua aktiviti yang kami jalankan. Tahniah buat anda semua!!!!! ANDA MEMANG HEBAT!!!

Program yang dijalankan selama 2 hari 1 malam ini menitikberatkan menaikkan semangat dan motivasi kepada diri setiap peserta agar menjadi pelajar yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan kerana KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA. Kejayaan tidak ditentukan kepada sebahagian manusia yang telah berjaya sahaja tetapi Allah telah menciptakan kejayaan kepada semua hamba-Nya yang sentiasa berusaha untuk mencapainya. Perkara yang paling penting dimiliki oleh adik-adik semua adalah niat yang betul dalam apa juga yang dilakukan. Masihkah anda semua ingat terhadap cara untuk menetapkan niat di hati sebelum melakukan sesuatu conothnya belajar. Selama ini anda semua hanya mengatakan "AKU KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR". Niat anda itu adalah tepat tetapi anda lupa sesuatu iaitu lupa dari mana datangnya ilmu yang anda ingin belajar tersebut. Oleh itu, saya telah mengajarkan anda semua mengenai berniat yang baru iaitu "AKU KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR KERANA ALLAH". Amalkan pada setiap perlakuan anda dalam apa juga keadaan dan perkara. Insyaallah, apabila sesuatu yang anda lakukan dengan hati yang ikhlas, anda a semua akan mendapat berbagai manafaatnya termasuklah meguatkan iktikad kita semua kepada Allah, Pencipta Kita.

Perkara-perkara lain yang kami cuba sentuh adalah mengenai kesungguhan untuk cuba menunjukkan yang terbaik kepada orang yang mengharap kejayaan anda semua. Melalui slot ini, anda semua telah diingatkan semula mengenai tanggungjawab kepada ibubapa, guru, keluarga, agama dan akhirnya negara. Setiap apa juga tugas yang ada laukan anda perlu FORMULA H.E.B.AT. untuk dijadikan sebagai panduan kepada anda semua iaitu perlukan Hasrat yang bersungguh-sungguh jika ingin berjaya dalam apa juga bidang. Saya ucapkan tahniah juga khususnya kepada peserta yang baru berumur 9/10 tahun yang telah berani mencuba untuk 'JALAN MALAM' secara bersendirian. Semangat inilah yang ingin saya lahirkan dari setiap peserta yang mengikuti program di TMFH supaya ada semua mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap tanggungjawab sebagai anak, murid, rakan dan yang paling penting adalah tanggunjawab kepada Allah s.w.t.

Kami di TMFH tetap rindukan anda semua dan semoga kita jumpa lagi dalam program-program akan datang. SESUNGGUHNYA, KEJAYAAN ITU TIDAK AKAN DATANG DENGAN MUDAH KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH MENDAPATKANNYA. SEDIKIT PERUBAHAN DIRI ITU ADALAH LEBIH BAIK DARI ANDA HANYA BERANGAN-ANGAN UNTUK BERUBAH DAN HANYA MENANTI MASA UNTUK BERUBAH.
ANDA HEBAT!!!!!!! YES... HEBAT 1..YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3..YES YES YES SIRRRR!!!!!

No comments:

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru