Wednesday, September 24, 2008

KEM IHYA' RAMADHAN 1429H - PERINGKAT 2








ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Apa khabar anda semua? Pastinya 'Alhamdulillah HEBAT'. Ucapan tahniah kepada semua peserta Yayasan Bandaraya Johor Bahru kerana telah selamat menjalani Kem Ihya' Ramadhan pada 19-21 Sept 2008 yang lepas. Semoga segala ilmu yang telah ditimba dalam program ini adalah merupakan ilmu yang dapat dimanafaatkan untuk anda lulus dengan cemerlang dalam SPM (Sijil Padang Mahsyar) kelak. Ingatlah kembali segala janji yang telah anda berikan dalam kem tersebut kerana jika anda memungkiri janji tersebut, anda bukan mengecewakan kami tetapi anda telah menipu Maha Pencipta anda. Anda semua adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan saya harapkan anda semua akan jadi pelajar muslim yang beriman dan sentiasa menegakkan agama yang telah diperjuangkan oleh Nabi Muhamad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu. Kenangilah semula sirrah perjuangan Rasulullah yang telah anda tonton sewaktu kem ini. Betapa sukarnya Baginda berjuang untuk keselesaan kita sekarang. Oleh itu, kenangilah jasa Rasulllah dan teruslah berjuang untuk Islam tercinta. Sebagai kata-kata akhir dari saya, sila renungkan cerita mengenai IKTIBAR DARI SEBIJI TEMBIKAI di bawah, semoga anda dapat banyak pengajaran daripadanya:

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



Renung-renungkanlah bersama. Apabila kita tidak berpuashati terhadap sesuatu, siapa yang biasa kita salahkan. Tiada makhluk di dunia ini yang tidak suka kepada kesempurnaan, tetapi hanya sedikit yang mensyukuri segala yang telah diberikan oleh Maha Pencipta terhadap semua pemberiannya yang tiada terkira banyaknya.



Semoga ceria selalu. "YA RASULULLAH, KAU TINGGALKAN WARISAN YANG ABADI...DAN BERSAKSILAH SESUNGGUHNYA KAMI MERINDUIMU"....

1 comment:

ahadancoach said...

alhamdulilah satu program yang cemerlang...sesungguhnya ini adalah usaha yang murni demi untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya agar kita tidak lupa perjanjian kita dengan allah semasa berada dialam roh dahulu....alastubirabbikum qal'lu bala sya'hidna(Allah bertanya "adakah kau mengaku bahawa aku ini tuhanmu" maka ruh menjawab "sesungguhnya engkaulah tuhanku"
teruskan perjuangan mendidik rohani dan menggalakkan mereka berwirid kerana didalam wirid ada warid....

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru