Thursday, July 30, 2009

YBJB & TMFH...JAUH DI MATA TAPI TETAP DI HATI....






Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua warga YBJB di Johor Bahru. Apa khabar Bos (Pn. Juraidah), En Md Noh, Azli, Wan, Kak Aya, Izan, Izat dan Zul? Moga anda semua bertambah ceria dalam kesibukkan menguruskan tugas seharian. Hari ini genaplah 15 hari saya meninggalkan Yayasan Bandaraya Johor Bahru, tempat yang telah memberikan saya sejuta kenangan dan masa depan. Di YBJB lah saya belajar erti kehidupan dan ilmu mengenal diri dan masyarakat. Alhamdulillah, saya mengucap syukur kehadrat Allah kerana telah menemukan saya dengan semua rakan-rakan yang terbaik di YBJB, yang bukan setakat hanya kawan di pejabat, tapi seolah-olah menjadi ahli keluarga saya. Kemesraan yang telah dijalin sepanjang 12 tahun saya di sana amatlah akrab dan tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata atau tulisan sebegini tetapi pastinya mereka yang berkenaan sahaja yang mengetahuinya.

Saya kini telah berada di tempat yang baru, serba serbi baru, rakan-rakan baru, pejabat baru, bos baru dan pastinya kehidupan yang baru. Walaupun kesesuaian masih lagi belum dapat diwujudkan seperti dahulu, namun di sini saya juga memiliki rakan-rakan yang baik dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Pengarah yang 'sporting' dan saling berkomunikasi dengan semua staf dalam menjalankan apa juga tuasan. Alhamdulillah, kesyukuran ini saya panjatkan kepada Allah yang telah memudahkan perjalanan hidup saya selama ini. Yang pasti saya paling gembira adalah dapat bertemu setiap hari dengan keluarga saya yang dicintai dan sayangi iaitu isteri dan anak saya. Mereka adalah semangat bagi saya dan segala kesunyian selama ini apabila mereka jauh di mata telah terubat. Moga kebahagiaan ini akan menambahkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga.

Buat rakan-rakan di YBJB dan TMFH, perjuangan mesti kita teruskan walau di mana pun kita berada. Allah telah menciptakan masa kepada setiap hamba-Nya dan gunakanlah masa itu dengan sebaiknya. Sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya merancang tetapi segala ketentuan itu adalah dari Allah. Di pagi jumaat yang indah ini, saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri saya dan semua rakan-rakan mengenai beberapa perkara:

a) Ikhlaskanlah niat di hati kita semua dalam melakukan apa juga tugas kerana Allah.

b) Perjuangan yang sebenar adalah perjuangan untuk menyampaikan ilmu yang Allah telah pinjamkan kepada kita semua kepada orang lain dengan tujuan untuk bersama-sama menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

c) Masa yang paling berharga adalah masa yang kita gunakan untuk saling berpesan kepada kesabaran dan berpesan untuk kebenaran. Masa yang Allah berikan kepada kita adalah mencukupi untuk kita melakukan segalanya cuma kita yang tidak mampu untuk mengurus masa dengan betul dan berkesan.

d) Sentiasa muhasabah diri setiap hari atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan kepada Allah dan kepada manusia.

e) Motivasikanlah diri kita setiap hari kerana setiap kali kita katakan diri HEBAT, sebenarnya kita telah bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan diri kita dengan sepenuh kehebatan dari mula-mula kejadian dari setitis air mani, menjadi segumpal darah, menjadi daging dan tulang dan seterusnya menjadi manusia.

Akhirnya, semoga kita semua menjadi manusia yang sentiasa ikhlas dalam melakukan apa juga kerja yang telah menjadi amanah yang perlu dilaksanakan kerana Allah. Keikhlasan itu akan membentuk kekuatan hati, jiwa dan diri untuk melakukan yang terbaik, untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara serta yang paling penting untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini.

SALAM KEHEBATAN DARI SAYA.....MrAzlan....TMFH & YBJB TETAP DI HATIKU.....

5 comments:

ahadancoach said...

salam tuan...saya tak faham apa maksud tuan di dalam tulisan tuan kali ini????

anirahas said...
This comment has been removed by the author.
anirahas said...

asalamualaikum abg azlan...
sy pn xphm gak ap yg abg ckp?..
mksdnyew abg dh xlg dgn yayasn kew?...
hbs tu,,,ustz halim,,ustz sidek ngn yg lain2pn xdew kew?....
s0,,lpas ni abg dh xikut g kem mne2lg kew?...
leh jelskn x?

norazlansarmudan said...

Assalamualaikum semua...
Sebenarnya, saya telah resign dari YBJB dan sekarang bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi dalam jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. Saya telah ditempatkan di Kolej Komuniti Tampin, N9 buat masa ni. Saya dan TMFH masih lagi bersama menjalankan program2 pada setiap hujung minggu. Cuma agak sukar sedikit la kerana saya telah berpindah ke N9 skrg.

Diyana said...

salam
abg lan..
baru tau abg lan dh tak kat ybjb lg..

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru