Sunday, May 31, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK NONG CHIK 2009












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan buat semua....

Pada 15-17 Mei 2009 yang lepas, TMFH telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program Kem Motivasi MFH di SK Nong Cik, Johor Bahru. Program ini diadakan untuk membangikitkan lagi semangat semua murid untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009. Berbagai pendekatan secara luaran dan dalaman telah digunakan oleh TMFH untuk memastikan objektif program tercapai. Saya berharap agar FORMULA HEBAT yang digabungkan dengan Kemahiran Belajar Berkesan iaitu MENGULANGKAJI, MEMBUAT LATIHAN DAN MERUJUK yang telah diajarkan kepada semua murid yang mengikuti program ini dapat digunakan dalam mendapatkan kecemerlangan yang diimpikan. Ingatlah bahawa semasa program saya telah menekankan beberapa perkara iaitu untuk berjaya, adik-adik mestilah menjaga hubungan dengan 5 pihak ini iaitu HUBUNGAN DEGAN ALLAH, HUBUNGAN DENGAN IBUBAPA. HUBUNGAN DENGAN GURU, HUBUNGAN SESAMA RAKAN DAN HUBUNGAN DENGAN JIRAN. Jika adik-adik semua dapat menjaga hubungan ini, saya cukup yakin bahawa adik-adik akan mudah untuk beroleh kejayaan yang diimpikan tersebut.





Adik-adik semua, sesuatu kejayaan itu bukannya mudah, ianya memerlukan pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Setiap manusia yang telah berjaya di dunia ini telah mengalami cabaran dan dugaan untuk berjaya. Ada yang sanggup meninggalkan kesenangan diri hanya untuk mencari sebuah kejayaan. Oleh itu, kejayaan akan jadi mudah jika kita semua mempunyai kekuatan dalaman yang HEBAT. Langkah pertama untuk menjadikan dalam kita menjadi HEBAT adalah anda mestilah sentiasa berfikir MINDA FIKIR HEBAT. Manusia adalah kejadian Allah yang terhebat antara semua makhluk yang dicipta-Nya. Cuma manusia sahaja yang suka merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri. Jangan berfikiran sebagai manusia gagal walau anda berada di kelas yang terbelakang dari rakan-rakan yang lain. YANG MEMBEZAKAN ANTARA ORANG BERJAYA DAN GAGAL ADALAH USAHANYA. Oleh itu, teruskanlah berusaha untuk mencapai kejayaan yang anda impikan.

Buat semua warga SK Nong Chik Johor Bahru, terima kasih kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk mengendalikan program ini. Kepada Cikgu Badrul yang menjadi tulang belakang program ini, ikhlas dari hati sy...SYABAS, ANDA ADALAH INSAN HEBAT!!!. Buat semua pelajar Tahun 6 SK NOng Chik JB, jadikanlah tahun 2009 ini sebagai tahun yang bersejarah kerana anda telah mencipta sejarah menjadikan SK Nong Chik sebagai yang terHebat di Johor Bahru. HEBAT 1...YES, HEBAT 2..YES YES, HEBAT 3....YES YES YES SIR!!!!!!!

TAKLIMAT KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN YBJB 2009







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan

Pada 10 Mei 2009, saya telah mengadakan satu taklimat Kelas Persediaan Peperiksaan kepada semua penerima-penerima Skim Anak Angkat YBJB 2009. Program ini merupakan program yang dijalankan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di Bandaraya Johor Bahru mendapat peluang pendidikan secara kelas tuisyen. Program ini adalah dikhususkan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tahun 2009 ini. Antara matapelajaran yang diajarkan adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains (UPSR dan PMR), Matematik Tambahan, Sains Teras dan Kimia (SPM). Program ini dijalankan pada setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 02.00 petang di SMK Tasik Utara 2. Saya mengharapkan program ini akan dapat membantu semua pelajar-pelajar yang terlibat untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam akademik dan dapat mengubah diri mereka agar lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. Buat semua pelajar tajaan Yayasan Bandaraya Johor Bahru, SELAMAT MENGIKUTI PROGRAM KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN 2009, TINGKATKAN DISIPLIN DIRI DAN TERUSKAN BERUSAHA MENJADI INSAN YANG HEBAT DI DUNIA DAN TERHEBAT DI AKHIRAT!!!!

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK LAKSAMANA, KOTA TINGGI, JOHOR
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan..

Apa khabar adik-adik di SK Laksamana, Kota Tinggi Johor. Maaf dari saya kerana lambat memasukan cerita Kem Motivasi MFH yang diadakan pada 8-9 Mei 2009. Saya mengharapkan adik-adik semua masih lagi bersemangat dan meneruskan kesungguhan untuk berubah sebagaimana yang telah ditunjukkan tempohari. Masih ingatkah lagi Formula H.E.B.A.T yang telah saya ajarkan kepada adik-adik? Jika anda semua inginkan kejayaan dalam apa juga bidang, anda mestilah mempunyai HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH. Hasrat ini melambangkan matlamat yang ingin dicapai digabungkan dengan keinginan dan minat yang mendalam terhadap apa yang diimpikan. Jika adik mengimpikan kejayaan 5A dalam UPSR, adik-adik mestilah mempunyai hasrat yang bersungguh-sunggh untuk mendapatkannya. Selain itu juga, kejayaan juga mestilah dimulakan dengan EMOSI YANG TERKAWAL. Saya mengharapkan agar anda semua bijak untuk mengawal emosi diri kerana emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan kehidupan anda seharian terasa tertekan dan stress. Adik-adik juga mestilah BERANI UNTUK BERTINDAK iaitu berani mencuba untuk mengubah kebiasaan diri dari malas kepada lebih rajin. Jika selama ini adik selalu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di kelas, jika adik inginkan kejayaan, adik perlu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dan bertanya sekiranya tidak faham. Seterusnya, formula yang saya berikan adalah ATTITUDE / SIKAP YANG BAIK iaitu kejayaan akan hanya hadir kepada mereka yang mempunyai disiplin diri yang tinggi kerana hanya itu sahaja jalan untuk menjadikan diri seseorang boleh dihormati dan mampu menghadapi semua cabaran yang datang. Dan akhirnya, setelah semuanya formula di atas tadi adik gunakan, TINDAKAN DAN TAWAKAL perlu dilakukan kerana kita jangan jadi orang yang hanya pandai merancang untuk berjaya tetapi tidak boleh melaksanakan peranangan itu dengan baik dan berkesan.

Sebagai akhirnya, saya mewakili semua warga TMFH mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SK Laksamana, Kota Tinggi kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama murid-murid cikgu. Kenangan bersama anda semua tidak akan kami lupakan selamanya dan kami doakan agar SK Laksamana akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2009 ni dan tahun-tahun seterusnya. AMinnnnn

Wednesday, April 29, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT SMT TANJUNG PUTERI 2009
















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...
Apa khabar semua peserta Kem Pemimpin Hebat SMT Tanjung Puteri, Johor Bahru. Anda semua memang HEBAT!!!!! Setiap kali program bersama anda pasti rekod pungutan wang tunai akan tercipta. Terima kasih atas segala kerjasama yang telah anda semua tunjukkan dan tak lupa juga kepada pihak pentadbiran SMT Tanjung Puteri khusus kepada Pn Hjh Rohaina kerana telah memberikan kepercayaan kepada Team Minda Fikir Hebat untuk mengendalikan program ini. Kem Pemimpin Hebat telah diadakan pada 24-26 April 2009 yang lepas adalah bertujuan untuk mengasah lagi bakat kepemimpinan yang ada dalam diri semua peserta. Walaupun semua peserta terdiri dari pelbagai latarbelakang, namun semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang program amatlah baik dan bertaraf lima bintang. Walaupun ada sedikit masalah disiplin pada pertengahan program, tetapi saya yakin, dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua peserta untuk berubah menjadi yang terbaik, anda semua akan menjadi pemimpin yang terbaik satu hari nanti. LEADERSHIP IS ACTION NOT POSITION. Kepemimpinan adalah apa yang anda lakukan bukan sekadar jawatan sahaja. Semua orang adalah pemimpin kerana kita telah dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, setiap orang mestilah cuba menjadikan diri mereka pemimpin sekurang-kurangnya untuk memimpin keluarga masing-masing satu hari nanti. Buat semua peserta, buatlah sesuatu yang bermanafaat kepada diri sendiri, jangan ulangi kesilapan lalu dan teruslah berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana yang telah anda tunjukkan dalam kem ini.
Akhirnya, semoga kita berjumpa lagi satu hari nanti dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Hanya anda yang mampu mengubah diri anda dari kurang baik kepada baik, dari baik kepada yang terbaik dan dari terbaik kepada HEBAT!!!!!!!!!!!! Salam Kehebatan dari Team Minda Fikir Hebat. Perhatian...Sedia, Anda Hebat?......Yes, Hebat 1....Yes, Hebat 2....Yes Yes, Hebat 3....Yes Yes Yes Sir!!!!!!!!!!!!!!!

CERAMAH MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT PMR 2009 - SMK TASEK UTARA, JB







Assalamualaikum dan Salam Kehebatan...
Pada 23 April 2009 yang lepas, saya telah berpeluang untuk memberikan sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman dengan pelajar-pelajar PMR SMK Tasek Utara, Johor Bahru. Ceramah saya yang bertajuk "Menjana Minda Fikir Hebat" adalah bertumpu kepada persoalan mengenai erti kejayaan dan penghargaan kepada diri sendiri. Masa yang diberikan kepada saya hanyalah 2 jam sahaja. Oleh itu, tidak banyak perkongsian yang mampu saya berikan kecuali membuat sedikit aktiviti untuk keyakinan diri, mengubah kebiasaan dan meningkakan potensi diri melalui teknik "autogenesis" yang saya lakukan kepada pelajar di akhir sesi saya. Secara keseluruhannya, SETIAP KEJAYAAN MESTI MEMERLKAN PENGORBANAN". Kejayaan amat mudah diucapkan dimulut tetapi amat sukar untuk diresapkan di dalam hati setiap dari kita. Walaupun kejayaan itu susah, namun ianya adalah milik sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk mendapatkannya. Saya memberikan 5 huruf yang mesti anda semua ingati untuk menuju kejayaan iaitu H - Hasrat yang Bersungguh-Sungguh E - Emosi Yang Sentiasa Terkawal B - Berani Untuk Bertindak A - Attitude atai Sikap Yang Baik T - Tindakan dan Tawakal.
Semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang dengan formula HEBAT yang saya nyatakan tadi dan ingatlah, CIPTALAH SEJARAH KEHEBATAN DIRI ANDA TAHUN 2009 INI. SALAM KEHEBATAN DARI TMFH

Tuesday, April 28, 2009

BENGKEL PENGUASAAN SUBJEK YBJB 2009




Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua....
Pada 18-19 April 2009 yang lalu, saya dan rakan2 telah mengadakan Bengkel Penguasaan Subjek untuk peserta-peserta di bawah tajaan Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB). Program ini telah diadakan di 2 lokasi iaitu Dewan Serbaguna, Menara Tabung Haji Johor Bahru untuk peringkat UPSR dan PMR manakala bagi peringkat SPM pula diadakan di Bilik Tayangan, MBJB. Program ini lebih menumpukan kepada pemahaman subjek-subjek utama dalam peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Subjek yang dikendalikan di peringkat UPSR adalah Bahasa Malaysia Kertas Pemahaman dan Karangan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Peringkat PMR pula subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi manakala peringkat SPM pula membengkelkan subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Sains Teras dan Sejarah. Kesemua guru-guru yang terlibat dalam bengkel ini adalah guru-guru yang berpengalaman dalam penandaan dan penggubalan kertas soalan di peringkat kebangsaan. Bengkel ini diharapkan akan dapat memberikan kefahaman yang lebih dalam subjek tersebut di kalangan pelajar UPSR, PMR dan SPM dan mereka lebih yakin untuk belajar di sekolah. Semoga semua pelajar yang telah mengikuti program ini mendapat banyak manafaat dan Insyaallah bengkel ini akan diadakan lagi pada bulan Ogos nanti. Jumpa lagi dan SALAM MINDA FIKIR HEBAT......

Thursday, April 23, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT SK KG MAJU JAYA, SENAI JOHOR 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peserta Kem Motivasi Minda Fikir Hebat dri SK Kg. Maju Jaya, Senai, Johor yang telah diadakan pada 11-12 April 2009 yang lepas. Semoga anda semua sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah. Orang bijak pandai ada mengatakan : "PERJALANAN YANG JAUH BERMULA DARI SATU LANGKAH". Maksudnya, setiap kejayaan yang diinginkan adalah bermula dengan anda memulakannya dahulu. Anda mesti bersungguh-sungguh untuk mencapainya sekiranya anda inginkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Tiada kejayaan yang datang secara mudah kerana pasti berbagai rintangan yang dihadapi untuk meraih sesuatu kejayaan. Kita lihat seorang pemain bola sepak profesional, Christiano Ronaldo yang bergaji sekitar RM700 ribu seminggu, walaupun dia telah dianggap sebagai pemain terbaik dunia, tetapi dia tetap turun menjalani latihan untuk memahirkan lagi kemahiran dan prestasi beliau dalam permainan bola sepak. Itu Ronaldo yang telah disahkan oleh peminat bola sepak seluruh dunia sebagai pemain terbaik. Bagaimana dengan diri anda sendiri?. Adakah anda layak digelar 'bintang' seperti Ronaldo?. Sudah tentu tidak kan!!!! Anda adalah seorang pelajar sekolah biasa yang cuba berusaha untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009. Jika anda inginkan melakar kejayaan sebagai 'bintang' sekolah, sudah semestinya usaha berlipat kali ganda perlu anda lakukan bagi menambah pengetahuan dalam diri anda dan seterusnya lebih yakin menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Berbagai aktiviti telah anda ikuti bersama dengan kami sepanjang 2 hari bersama TMFH. Pelbagai pengalaman susah payah, pahit manis dan gembira duka telah anda lalui sepanjang 2 hari berprogram. Program ini diakhiri dengan aktiviti 'Broken Square' yang mengkehendaki semua peserta mencantumkan logo sekolah. Anda telah berjanji untuk berubah menjadi pelajar yang terbaik di sekolah dan anak yang terbaik di rumah. Teruskan perubahan positif yang telah anda lakukan dan semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak. Salam Kehebatan dan Jumpa anda Di Puncak Kehebatan. HEBAT 1..YES HEBAT 2...YES YES HEBAT 3...YES YES YES SIR!!!!!!

Monday, April 20, 2009

KURSUS PEMIMPIN HEBAT SK NONG CHIK 2009





















Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua.....


Pada 11 April 2009 yang lalu TMFH telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah SK Nong Chik, Johor Bahru untuk mengadakan kursus sehari kepada pemimpin-pemimpin muda di sekolah tersebut. Program yang bermula tepat jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang aalah program yang disusun khas untuk menguji tahap kefahaman anda sebagai pemimpin di sekolah. Peluang yang telah diberikan oleh pihak sekolah semestinya anda gunakan dengan sebaiknya untuk menunjukkan bahawa anda merupakan pelajar yang lebih mempunyai kelebihan berbanding dengan pelajar yang lain. Oleh itu, sebagai pemimpin pelajar, semestinya anda akan dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Anda mestilah menunjukkan satu disiplin yang terbaik seperti tidak hadir lewat ke sekolah, tidak membuat bising di kantin, kelas atau kawasan sekolah, sentiasa bersedia untuk membantu guru-guru dalam menguatkuasakan undang-undang sekolah dan yang penting anda mestilah mempunyai sikap menghormati guru-guru, ibubapa dan rakan-rakan di sekolah.


Walaupun program ini dijalankan dalam masa yang amat singkat, tapi apa yang kami harapkan dari anda semua adalah anda mesti 'MENCUBA UNTUK MENJADI PELAJAR DAN PEMIMPIN YANG TERBAIK' dalam segala bidang sama ada akademik atau ko-kurikulum. Anda mesti mencubanya sekarang!!!!!!!. Jika tidak, anda akan gagal membuktikan kepada guru yang mereka telah membuat pilihan yang tepat untuk memilih anda sebagai pemimpin di SK Nong Chik, Johor Bahru. Terima kasih kepada Guru Besar, Cikgu Badrul dan semua warga SK Nong Chik kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini. Semoga SK Nong Chik terus berjaya dalam segala bidang dan menjadi kebanggan seluruh warganya. Terima Kasih. JUMPA ADA DI PUNCAK KEHEBATAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hebat 1...Yes Hebat 2...Yes Yes Hebat 3.....Yes Yes Yes Sir!!!!

KURSUS PEMIMPIN HEBAT - SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KASTAM, JOHOR BAHRU 2009










Assalamualaikum dan Salam Kehebatan pada semua...

Apa khabar pemimpin-pemimpin muda di Sekolah Agama Kampung Kastam pada ketika ini. Moga anda semua sentiasa bersemangat dan Hebat sebagai pemimpin muda yang memikul tanggungjawab sebagai pelajar terbaik di sekolah. Program Kem Pemimpin Hebat telah dijalankan pada 8 April 2009 iaitu ketika pelajar lain sedang sibuk bercuti sempena Hari Keputraan Sultan Johor. Sekalung tahniah diucapkan kepada anda semua yang sanggup berkorban demi mengikuti program ini. Semoga pengorbanan anda akan bermanafaat bagi menjadikan anda sebagai seorang pemimpin muda yang Hebat dan dapat membantu sekolah menguatkuasakan undang-undang yang wajib diikuti oleh setiap pelajar. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak sekolah di bawah kepemimpinan Guru Besar, Pn.Hjh Narimah dan guru-guru yang lain atas kesungguhan untuk mengadakan kursus ini. Semoga pemimpin-pemimpin muda di Sekolah Agama Kampung Kastam mendapat banyak manafaat dari program yang dijalankan itu.

Masih ingatkah pemimpin-pemimpin muda semua mengenai aktiviti yang telah kita jalankan tempohari. Berbagai cabaran telah anda ikuti sepanjang sehari bersama dengan kami untuk menguji tahap kemampuan anda memimpin. Setiap orang berpeluang menunjukkan potensi diri mereka sendiri dan mengenalpasti setakat mana kesanggupan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Anda semua telah menunjukkan satu semangat yang Hebat sepanjang program ini dijalankan. Teruskanlah semangat tersebut dan ingatlah bahawa anda mampu menjadi pemimpin yang terbaik sekiranya anda berkeinginan untuk melakukannya. Teruskan berusaha menjadi yang terbaik dan kuatkan semangat anda untuk berubah. Saya yakin anda pasti akan menjadi pemimpin hebat satu hari nanti. Semoga jumpa lagi pada program yang akan datang.

SALAM KEHEBATAN DARI TEAM MINDA FIKIR HEBAT. HEBAT 1...YES HEBAT 2....YES YES HEBAT 3...YES YES YES SIR!!!!!!!!!!!

Monday, April 13, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA KEMPAS BARU


Assalmualaikum dan Salam Kehebatan...
Pada 4 April 2009 yang lepas, TMFH telah diberi peluang oleh Sekolah Agama Kempas Baru untuk menjalankan program Kem Pemimpin Hebat bertempat di Sekolah Agama Kempas Baru. Program yang telah lama dirancangkan ini alhamdulillah telah berjaya dijalankan dengan selamat, ceria dan sangat positif. Pihak TMFH mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya kepada Pn Guru Besar, Ustazah Rokiah dan Ustazah Normah kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan kem ini. Program yang dijadualkan bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir tepat jam 11.45 malam ini telah dimuatkan dengan pelbagai perisian yang berbentuk cabaran fizikal, mental, dan spiritual untuk memberikan asas kepada semua peserta untuk menjadi Pemimpin yang Hebat. Program Kem Pemimpin Hebat ini dimulakan dengan menetapkan niat atau matlamat peserta menyertai kem tersebut. Setelah itu, mereka diuji dengan pelbagai aktiviti yang memperlihatkan semangat kerja berpasukan dan membina jalinan persahabatan sesama semua peserta.
Kami di TMFH mengharapkan agar anda semua mendapat banyak manafaat dari semua aktiviti yang dijalankan. Jadikanlah ianya sebagai kayu pengukur setakat mana anda mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di sekolah. Pihak sekolah dan semua guru meletakkan harapan yang tinggi kepada anda untuk membantu mereka menguatkuasakan undang-undang di sekolah. Oleh itu, anda mestilah sentiasa menjaga DISIPLIN diri kerana anda DIPIMPIN untuk MEMIMPIN orang lain pada satu masa nanti.
Akhirnya, semoga anda terus berusaha menjadi pemimpin Hebat di sekolah dan selamat menjalankan tugas sebagai pemimpin di sekolah. Perbakilah disiplin diri anda setiap masa supaya anda akan lebih dihormati sebagai pemimpin yang sentiasa memberi contoh kepada pelajar yang lain. Semuanya bermula dari diri anda sendiri. Buktikan yang janji anda pada program ini bukan main-main dan jadikan segala yang anda janjikan sebagai realiti. Ingat lagi Gempur Hebat kita: PEMIMPIN...SEDIA, ANDA HEBAT....YES SIR, HEBAT 1...YES, HEBAT 2...YES YES, HEBAT 3...YES YES YES SIR....Sampai kita jumpa lagi dalam program yang lain. Jumpa anda di puncak Kehebatan.

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru