Wednesday, September 9, 2009

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009 -MRSM PONTIAN











Assalamualaikum, Salam Kehebatan, Salam Ramadhan Kareem buat semua...

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kekuatan kepada kami di TMFH untuk meneruskan program motivasi MFH di MRSM Pontian bagi pelajar-pelajar PMR pada 04-06 September yang lalu. Sebenarnya program ini dijadualkan diadakan sebelum Ramadhan tetapi kita hanya merancang Allah yang telah menentukan kem ini dijalankan akhirnya di bulan yang diberkati iaitu Ramadhan. Seramai 146 pelajar telah terlibat dalam program ini yang terdiri dari keseluruhan calon-calon PMR tahun 2009. Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada pihak pentadbiran MRSM khususnya Tuan Pengetua, En. Ahmad Kamal dan Kaunselor, En. Fardi kerana telah memberikan peluang ini kepada TMFH untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan dengan 'Apa itu Kejayaan'.








Program ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan secara praktikal mengenai perkara-perkara yang diperlukan untuk menuju kejayaan. Pada awal pertemuan, semua pelajar telah didedahkan dengan konsep 'PENGORBANAN' dan 'KERJASAMA BERSAMA' antara satu sama lain. Pelajar telah diuji dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan mereka berfikir tentang SUKARNYA UNTUK BERJAYA tetapi ianya adalah TIDAK MUSTAHIL selagi mereka sanggup dan ada hasrat yang bersungguh-sungguh.







Pada hari kedua pula, pelajar dikenalkan dengan BERANI MENGAMBIL TINDAKAN DAN RISIKO. Kejayaan tidak akan dapat dikecapi sekiranya mereka tidak mampu untuk mengawal mental dan emosi serta tidak berani untuk bertindak dalam masa yang cepat. Setiap perkara yang dilakukan pastinya ada risikonya dan mereka telah diberikan pengalaman untuk menghadapi dan mengawal diri setiap masa agar sentiasa berfikiran positif untuk berjaya. Pada sebelah malamnya pula, pelajar telah diajak bersama-sama dalam malam penghayatan merenung erti tanggungjawab kepada ibubapa, guru, rakan, diri dan yang paling penting kepada Allah yang Maha Besar. Mudah-mudahan keberkatan bulan Ramadhan ini mampu untuk melembutkan hati semua peserta dan individu yang bersama dalam program tersebut.











Pada hari ketiga, peserta telah bersama-sama dengan TMFH dalam slot 'Simpul Hati' yang diadakan bersama dengan penglibatan ibubapa peserta. Sesi ini dilihat dapat menyentuh hati semua peserta khususnya dalam mengejar kejayaan, anda amat perlu menjaga perhubungan dengan kedua ibubapa dan guru kerana mereka adalah pemangkin kepada kejayaan anda sehingga sekarang.
Akhirnya, kami mengharapkan semua pelajar-pelajar PMR di MRSM Pontian akan dapat merealisasikan impian dan cita-cita anda untuk beroleh kejayaan yang cemerlang iaitu mendapat 8A1 dalam PMR yang akan tiba pada bulan Oktober nanti. Jadikanlah kejayaan itu sebagai tonik penguat semangat untuk anda lebih berjaya pada masa akan datang. USAH CEPAT BERPUASHATI DENGAN SEJARAH KEJAYAAN YANG LALU. JALAN MENUJU KEJAYAAN MASIH JAUH LAGI DI HADAPAN ANDA. Gunakanlah formula H.E.B.A.T yang telah anda perolehi tempohari iaitu :

H - HASRAT YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH












E - EMOSI YANG TERKAWAL












B - BERANI UNTUK BERTINDAK












A - ATITTUD / SIKAP YANG BAIK











T - TINDAKAN DAN TAWAKAL

Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti. Sambutlah SALAM KEHEBATAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN JIKA KAMI ADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK.

Sunday, September 6, 2009

SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA......



Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut hari lahir.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak




Renungkan:"Adakah kita semua memberikan penghargaan yang tinggi atas segala pengorbanan yang telah Mak berikan? Adakah kita selalu kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah. Mak bukan nak didampingi setiap masa tetapi sekadar bertanya khabar dah mencukupi baginya kerana suara kita amat bermakna baginya. Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi jika Mak sudah tiada..........walau sebanyak mana duit kita ada, dah tak boleh nak hantar pada mak lagi....walau secanggih mana telefon yang kita miliki...takkan dapat mendengar suara Mak lagi.....MAK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang menyembahyangkan JENAZAH ibunya......

WAHAI SEMUA PEMBACA BLOG INI, BERSAMALAH KITA RENUNGKAN SEKETIKA SEBELUM KITA MENYESAL SATU HARI NANTI KERANA KITA HANYA ADA SATU MAK DI DUNIA NI.

Thursday, August 27, 2009

BERSAMA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam Qadr. Sudahkah kamu tahu, apakah malam Qadar itu ? Malam Qadr itu lebih utama daripada seribu bulan. Turun Malaikat dan Roh pada malam itu, dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.": (Q.s.al-Qdr :1-5)

Allah s.w.t.telah menurunkan (ayat yang pertama) dari al-Quran pada malam Qadar yaitu malam kemuliaan atau malam ketentuan.Allah s.w.t. telah menganugerahkan satu kemuliaan yang tertinggi (al-Quran)kepada Nabi s.a.w.dan juga malam kemuliaan itu telah diturunkan malaikat dan jibril untuk mengatur segala urusan.Malam itu juga disebut dengan malam penentuan,karena pada malam itu telah ditetapkan suatu ketentuan apa yang perlu ditempuh oleh Nabi s.a.w.

Nilai malam itu begitu tinggi sehingga melebihi daripada seribu bulan.Berbahagialah sesiapa yang memperoleh malam yang mulia dan penuh kelebihan itu. Malam yang mulia itu juga disebut dengan malam yang dipenuhi keberkatan (Q.s.Addukhan:3).

Oleh itu marilah kita usahakan bersungguh-sungguh melipat gandakan ibadah kita semasa bulan Ramdhan, terutama sekali sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan supaya kita dapat memperoleh anugerah yang paling istimewa yang melebihi seribu bulan.

Alangkah beruntungnya mereka yang dapat menghidupkan malam Ramadhan dengan menunaikan Ibadah solat, berzikir, mengaji al-Quran mendengar hal-hal yang berguna, mengulang kaji berkenaan Puasa, Solat, Zakat fitrah dan berbagai Ilmu Pengetahuan yang boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t.dan dengan sesama manusia.

Mereka yang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh menghidupkan malam Ramadhan dengan solat traweh, berzikir, mengaji al-Quran, mempelajari Ilmu Pengetahuan yang berguna terutama sekali berkenaan ibadah Puasa, dengan demikian dapatlah ia menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan baik dan diterima Allah Ibadahnya itu serta mendapat balasan yang berlipat ganda melebihi seribu bulan. Semoga keselamatan yang diperoleh hingga terbitnya fajar, amin.

Insya Allah kita diketemukan Allah kembali.

Thursday, August 20, 2009

SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN

JANGAN CURI2 ..... JANGAN MASA BEKERJA..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR...... MESTILAH SENTIASA .........
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya, Tn. HJ. Nor Azlan bin Hj Sarmudan dan semua rakan TMFH terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Wednesday, August 19, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN - ANDAI KU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Alhamdulillah, Bersyukur kita kehadrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Ramadhan kini datang menjelang lagi. Kesyukuran setinggi-tinggi saya panjatkan ke pada Allah kerana telah menyambung lagi nyawaku ini sehingga bertemu dengan bulan mulia ini. Di kesempatan ini, saya mengajak semua untuk merenung mengenai perkara-perkara di bawah ini bila tibanya bulan Ramadhan:




a) ADAKAH KITA GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN BULAN RAMADHAN INI ATAU KITA
RASA TERSIKSA KERANA TERPAKSA MENINGGALKAN MAKAN DAN MINUM
SEPANJANG WAKTU SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN

b) APAKAH SEBAB ALLAH MEMBERIKAN KITA PELUANG UNTUK BERJUMPA DENGAN
BULAN RAMADHAN SEMULA SEDANGKAN ALLAH TELAH MENGAMBIL NYAWA
RAKAN-RAKAN ATAU SAUDARA MARA KITA SEBELUM KEHADIRAN RAMADHAN.

c) APAKAH YANG MAMPU KITA LAKUKAN UNTUK MENUNJUKKAN TANDA TERIMA
KASIH KEPADA ALLAH YANG TELAH MEMBERIKAN KITA PELUANG DEMI PELUANG
UNTUK TERUS HIDUP DI MUKA BUMI-NYA INI.

d) APAKAH KITA PERNAH MERASA YANG SETIAP KALI KEHADIRAN BULAN
RAMADHAN, KITA BEFIKIR, MUNGKINKAH INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BAGI
DIRI KITA DAN TAHUN DEPAN KITA AKAN MENYAMBUTNYA DI DUNIA YANG
BERBEZA.

e) APAKAH MAMPU KITA LAKUKAN BULAN RAMADHAN INI SEBAGAI BULAN UNTUK
KITA INSAFI DIRI SENDIRI ATAS SEGALA DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
SEPANJANG TAHUN LALU DISAMPING MERENUNG KEBESARAN DAN KEKUASAAN
ALLAH.



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .
sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...
bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu....merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU
"andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...
lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri....
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai Tuhan ku tak layak kesyurga-Mu ... namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu .... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

Itulah sebahagian renungan yang kita perlu fikirkan bila hadirnya bulan mulia ini. Saya berpesan kepada semua, marilah kita sambut ramadhan tahun ini dengan penuh kegembiraan dan tangisan air mata kesyukuran kerana mungkin inilah ramadhan yang terakhir untuk kita sambut. Lupakanlah seketika nikmat dunia yang sentiasa menipu kehidupan kita sebaliknya kita bersama-sama tingkatkan ibadah di samping membuat 'check list' mengenai kekurangan kita dalam menjalani ibadah puasa sepanjang tahun lalu.

Kepada adik-adik yang telah mengikuti program bersama kami di TMFH, kami harapkan kehadiran bulan ramadhan pada tahun ini adalah satu rahmat kepada diri anda untuk terus berubah menjadi anak yang soleh/solehah dan pelajar yang hebat di sekolah. Sesungguhnya perubahan itu adalah untuk kebaikan diri anda sendiri kerana menjadi insan yang bermanafaat kepada orang lain adalah lebih mulia dari menjadi menjadi insan yang selalu menyusahkan orang lain. Teruskanlah berubah,
Tingkatkan ibadah anda kepada Allah,

Tingkatkan hormat dan taat anda kepada kedua ibubapa,

Tingkatkan sopan dan budi bahasa anda kepada guru,

Tingkatkan disiplin dan tanggungjawab anda di sekolah,

Tingkatkan setia dan jujur anda kepada rakan-rakan,

Tingkatkan keHEBATan diri anda dengan SENTIASA BERFIKIR MINDA HEBAT

Insyaallah......KEJAYAAN AKAN DAN PASTI MENJADI MILIK ANDA KELAK!!!!!!!!!

SELAMAT BERPUASA DAN SALAM KEHEBATAN DARI SAYA DAN SEMUA RAKAN TEAM MINDA FIKIR HEBAT....

Tuesday, August 18, 2009

KEM MINDA FIKIR HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA PASIR GUDANG 1 (DARJAH 6 & KHAS)












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana telah memberikan kekuatan mental dan fizikal kepada semua rakan Team Minda Fikir Hebat untuk menjalankan program Kem Motivasi Minda Fikir Hebat bersama-sama peserta Sijil Darjah 6 Agama dan Sijil Darjah Khas Agama dari Sekolah Agama Pasir Gudang 1 pada 14-16 Ogos 2009 lalu. Pihak TMFH ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran Sekolah Agama Pasir Gudang 1 terutama kepada Guru Besar kerana sudi memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini. Buat semua peserta, kami amat berterima kasih kepada kerjasama yang telah anda berikan sepanjang program ini bagi memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.

Semua peserta yang dikasihi sekelian,

KEJAYAAN TIDAK AKAN DIPEROLEHI DENGAN MUDAH. KEJAYAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN DAN DISIPLIN YANG TINGGI. Demikianlah antara intipati yang telah dijalankan sepanjang program ini. Semua peserta mesti lagi ingat betapa sukarnya diri anda dan kumpulan untuk bergelar juara atau jutawan dalam masa 2 hari 1 malam. Cabaran yang dihadapi sewaktu aktiviti dijalankan adalah perumpamaan kepada cabaran sebenar yang anda akan hadapi di dunia realiti anda selepas mengikuti program nanti. Secara jujurnya, pihak kami amat yakin bahawa anda mampu menghadapi segala cabaran yang dihadapi kelak kerana anda semua memiliki kekuatan mental dan fizikal yang dapat digunakan secara maksimum.

Apa yang penting adalah, anda mestilah MENJAGA PERHUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA PIHAK IAITU IBUBAPA, GURU DAN RAKAN-RAKAN SERTA YANG PALING PENTING ADALAH HUBUNGAN ANDA DENGAN YANG MAHA PENCIPTA (ALLAH). Pengembaraan pada malam kita MENCARI ALLAH amatlah bererti bagi kami dan saya harapkan ianya juga dirasai oleh anda. Ketakutan yang melampau kepada semua makhluk lain selain Allah boleh menyebabkan diri anda sentiasa hidup dalam kerisauan dan ketakutan dan boleh mengurankan keyakinan anda kepada KEBESARAN DAN KEKUASAAN ALLAH yang sentiasa bersama anda ketika anda bersendirian atau dalam kumpulan.

Akhirnya, saya mengharapkan semua peserta yang mengikuti program tempohari mendapat banyak manafaat dari apa yang telah anda lakukan dalam program Motivasi Minda Fikir Hebat. Sentiasalah jaga perhubungan anda dengan guru anda di sekolah kerana jika anda menderhaka kepada guru umpama anda telah menderhaka kepada kedua ibubapa anda sendiri. Seseorang pelajar tidak perlu mendapatkan restu gurunya untuk mendapat keberkatan ilmu yang amat anda perlukan untuk bekalan diri anda pada masa depan. TERUSKANLAH BERUBAH MENJADI PELAJAR HEBAT.....ANDA MAMPU BERUBAH, AKAN BERUBAH, TETAP BERUBAH DAN PASTINYA YAKIN UNTUK BERUBAH KEPADA YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI.

Semoga Sekolah Agama Pasir Gudang 1 khususnya pelajar Sijil Darjah 6 Agama dan Sijil Darjah Khas Agama akan beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anda nanti. JANGAN TINGGALKAN SOLAT dan BERSAMA BINA MINDA FIKIR HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!

ANDA HEBAT...YES...HEBAT 1...YES...HEBAT 2....YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRR!!!

Thursday, August 13, 2009

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009- SMK KELAPA SAWIT, KULAIJAYA JOHOR






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Team Minda Fikir Hebat telah berpeluang untuk bersama-sama pelajar-pelajar unit beruniform SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya Johor seramai 109 orang. Kesimpulan yang kami boleh buat ANDA SEMUA MEMANG HEBAT!!!!! Tahniah atas kesungguhan dan kerjasama yang telah diberikan oleh anda semua. Kalungan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah memberikan sokongan dan bersama-sama kami mengendalikan program ini. Semoga program ini akan memberikan impak maksima kepada semua pihak yang terlibat sama di pihak peserta, guru atau pengedali.

Perkongsian ilmu selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti yang secara keseluruhannya dilakukan untuk menguatkan lagi jatidiri setiap peserta di samping menekankan konsep 'KEJAYAAN ADALAH MILIK SETIAP ORANG'. Semua orang inginkan kejayaan. Sudah tentu. Apabila saya tanya kepada setiap peserta mengenai cita-cita dan impian pada masa depan, kesemuanya mempunyai impian untuk menjadi orang yang Hebat. Cita-cita dan impian tersebut memang normal dimiliki oleh setiap orang, cuma yang membezakan antara anda semua adalah USAHA DAN KERAJINAN yang ditunjukkan untuk mencapai cita-cita tersebut. Setiap impian itu pastinya ada halangan dan rintangan yang akan mencabar diri anda dari mencapai matlamat yang disasarkan. KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL amatlah penting bagi memastikan anda semua sentiasa bersedia dengan segala cabaran dan halangan yang mendatang.

KEGAGALAN PASTI AKAN DATANG BAGI MEREKA YANG INGIN BERJAYA. Setiap kejayaan biasanya akan diwarnai dengan seribu malam sejuta kegagalan. Kegagalan yang sebenar adalah mereka yang telah gagal dan tidak pernah bangun setelah mereka gagal. Oleh itu, saya mengharapkan semua peserta yang mengikuti program pada 10-12 Ogos 2009 yang lepas telah mendapat banyak manafaat dari program ini. Program yang berbentuk 'PRAKTIKAL TRAINING' ini saya susun mengikut kesesuaian kemampuan anda semua. Ingatlah perkara utama yang saya tekankan dalam program ini iaitu BUATLAH SESUATU KERJA DENGAN NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH / TUHAN. Pasti satu hari nanti anda akan dapati bahawa keikhlasan itu menjadikan diri anda seorang yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan dan yakinlah dengan diri anda sendiri yang anda adalah INSAN HEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!.

ANDA HEBAT!!!!...YESSSS...HEBAT 1...YES...HEBAT 2...YES YES...HEBAT 3...YES YES YES SIRRRRR!!!!.

KEM MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT 2009- SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU












Assalamualaikum dan Salam Kehebatan untuk semua...


Pada 11-12 Ogos 2009 yang lepas, TMFH telah berpeluang untuk mengendalikan program MFH bersama-sama dengan pelajar-pelajar Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau seramai 68 orang. Alhamdulillah, program ini telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Titipan ucapan ribuan terima kasih khusus kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah memberikan peluang yang seketika itu kepada kami untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu untuk menjadi manusia yang Hebat di dunia dan Terhebat di akhirat. Terima kasih juga kepada semua sahabat TMFH yang telah membantu saya menjayakan segala aktiviti dalam program ini. Moga-moga program ini akan dapat memberikan manafaat yang berguna untuk kebaikan di dunia dan akhirat, Insyaallah!!!.


Buat semua peserta, harapan kami di TMFH, praktikkanlah segala ilmu yang anda telah terima dalam program ini untuk membentuk motivasi diri yang tidak pudar dan mensyukuri diri sendiri kerana anda semua dilahirkan dengan penuh kehebatan. Masihkah anda ingat lagi pengisian yang saya lakukan pada malam tersebut mengenai Erti Kehidupan dan Kembara Mencari Allah? Sekiranya anda menghayati sepenuhnya pengisian tersebut, pasti anda akan mengetahui tentang tugas seorang hamba andalah patuh dan taat kepada Penciptanya. Linangan air mata taubat yang dititiskan adalah lebih berharga dari segala-gala yang anda ada di dunia ini kerana air mata tersebut akan menjadi saksi kepada anda ketika dihisab di akhirat kelak.


Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Anda semua dikenalkan mengenai pentingkan seseorang manusia membuktikan yang dia mampu untuk berjaya malah ANDA BERHAK UNTUK BERJAYA. Setiap orang telah dituliskan segala perjalanan kehidupannya oleh Allah, tetapi ingatlah bahawa JIKA ANDA INGIN BERUBAH, MESTILAH DIMULAKAN DARI DIRI ANDA SENDIRI. Allah tidak sekali-kali akan mengubah nasib anda sekiranya anda terus meratapi nasib anda sendiri sebaliknya, anda mestilah gunakan apa yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai sumber kekuatan yang mengatakan bahawa DIRI ANDA MAMPU BERJAYA DAN MENJADI HEBAT.


Akhirnya, kami harapkan segala IKRAR JANJI PELAJAR HEBAT yang telah anda lafaskan dalam program ini akan menjadi satu azimat kekuatan anda membina diri menjadi INSAN YANG HEBAT. Teruskanlah untuk berubah dan BERSAMA BINA MINDA FIKIR HEBAT!!!!!!

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA SENAI UTAMA

KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMP 4 SRI PINANG, INDONESIA

KURSUS EKSPLORASI KEPEMIMPINAN PEMIMPIN SMK TASEK UTARA 2009

KURSUS KEMAHIRAN BERPERSATUAN - SMKSETA 2009

PROGRAM INTEGRASI PESERTA PLKN SIRI 6 KUMPULAN 1 2009 - KEM WARISAN MASJID TANAH, MELAKA

KEM PEMIMPIN HEBAT 2009 - SEKOLAH AGAMA TAMBATAN TINGGI

KURSUS JURULATIH MODUL INTEGRASI PLKN SESI 1 2009

KURSUS INTENSIF LEPASAN SPM 2008 - KOLEJ SAL JB

MOTIVASI MINDA FIKIR HEBAT BERSAMA SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU

KENANGAN TERINDAH KEM PENGGUGAHAN KENDIRI SMK TASEK UTARA 2008

MEMORI KEM IHYA' RAMADHAN 2008

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan

Bersama Fasilitator Kem Ihya Ramadhan
Jasamu Tetap Dikenang

Kem Minda Fikir Hebat

Kem Minda Fikir Hebat
kenangan bersama Sekolah Sri Johor Bahru